SUMMER WARS
Wow!!! Itu saja yang dapat aku katakan tentang filem anime Summer Wars (SW) ini. Tidak hairanlah filem arahan Mamoru  Hosoda ini telah memenangi anugerah filem anime terbaik di Japan  Academy’s Animation Award. 
Filem  SW ini menonjolkan 2 dunia yang berbeza dengan  konflik berbeza yang akhirnya menjadi satu konflik besar yang mengancam  dunia. 
Salah satu dunia yang ditonjolkan ialah OZ, sebuah laman  komuniti di Internet, yang maha besar, di mana berjuta-juta orang dan  perniagaan, yang diwakili oleh avatar tersendiri, boleh  berinteraksi dan berhubung di antara satu sama lain untuk melakukan  pelbagai aktiviti daripada berchatting dan bermain game sehinggalah mendapatkan  berita, rawatan kesihatan dan maklumat satelit. 
Konflik utama dalam filem ini datangnya daripada satu Artificial  Intelligence (AI) yang amat bijak tetapi telah menjadi 'jahat'. AI  ini telah membuat kacau di OZ dengan mencuri akaun pengguna-pengguna OZ  sehingga menyebabkan perlbagai masalah di dunia nyata seperti traffic  jams, panggilan kecemasan yang palsu, dan pelbagai lagi.
Dunia satu lagi pula, yang amat berbeza, ialah sebuah  mahligai Jepun kuno di sebuah kampung yang amat indah sekali. Ia didiami  oleh keturunan Jinnouchi semenjak Era Muromachi (1366 - 1573) lagi.  Konflik ini berkisar tentang masalah hubungan kekeluargaan di antara  ahli keluarga Jinnouichi dan juga dengan masalah Kenji untuk  menyesuaikan diri dengan ahli keluarga Jinnouchi.
Dengan kewujudan dua dunia dalam SW ini, maka tidak  hairanlah ada dua poster yang amat berbeza untuk promosi filem ini.
Poster pertama  untuk dunia OZ (dengan semua avatar  dalam OZ) dan....
... satu lagi poster untuk ahli keluarga Jinnouichi  dan Kenji di dunia satu di di mahligai Jinnouichi.
Kewujudan dua dunia ini, pada pendapat aku, ialah  untuk menunjukkan realiti dunia sekarang di mana walaupun kita hidup  dalam dunia serba canggih yang memerlukan semua urusan dibuat online,  kita tetap tidak boleh membuang budaya, amalan tradisi dan hubungan  kekeluargaan yang menjadi teras keharmonian dan kebahagiaan kehidupan  kita. 
Tetapi ia juga tidak bermakna demi  mengekalkan budaya, amalan tradisi dan hubungan kekeluargaan, kita mesti  menolak perubahan dan teknologi. Disinilah kekuatan filem ini di mana  ia berjaya menonjolkan baha



